Powered By Blogger

Thursday, 11 August 2011

Pengalaman pertama mendapat rakan-rakan baru di UiTMPP


Assalamualaikum readers!!...Aku sekarang ni dah jadi MAHASISWA!

Aku nak cerita tentang pengalaman kali pertama aku menjejak kaki ke UiTM Pulau Pinang . Aku berasa sangat beruntung untuk melanjutkan pelajaran ke tempat ini kerana kebanyakannya semua sama bangsa dan agama.Aku asal pon dari produk sekolah teknikal,so ak nak sambung pelajaran dalam bidang Civil Enginering of Construction.Dari kecil ak memang minat la pasai pembinaan ni,kalau pergi mana-mana tempat yang ada projek pembinaan mesti aku nak tengok.Harap-harap  cita-cita ak sebagai “jutera awam” atau “Civil Engineer” akan tercapai bukan sekadar untuk belajar pada tahap diploma sahaja tetapi ke peringkat yang lebih tinggi lagi selepas ambil degree . Dekat UiTMPP ni aku juga dapat ramai rakan-rakan baru tidak kiralah di kolej kediaman ke ataupun semasa di dalam kelas.hmmmm,dekat bilik ataupun dipanggil kolej kediaman yang diberi nama “Kolej Nilam” aku tinggal bersama 4 orang sahabat yang baru aku kenali iaitu Mie (Kulim),Khairul(Kelantan) dan seorang lagi yg dipanggil kami “mystery man(KL)” di bilik 2.09.Mystery man ni dah lama tak balik bilik dekat berbulan dah,kami sebilik pon tidak tahu dia pergi kemana.

Dekat sini sistem kelas dia ada dari A – Z ,sekarang ni bukan sekolah lagi nak panggil 5 gemilang ke 3 kasturi ke,tapi contoh dalam kumpulan A dia terbahagi kepada 2 kumpulan lagi iaitu A1 dan A2.Aku pula berada dalam kumpulan E1 dan E2.Sebenarnya kumpulan E ada 30org sahaja,tapi lepas beberapa minggu datang seorang lagi dan menjadi seramai 31org terdiri daripada 10 org perempuan iaitu “dayang,aisyah,faz,odd,iza,jun,dot,puteri,syahirah dan jasmine” dan 21 org lelaki iaitu “fathi,riz,muliq,paan,mus,anas,afif,hafizi,afiq,awang,ciman,hanip,ariff,nas,amin,darwish,arezim,aizat,haiki,haire dan farid kamil(bkn nama sebenar)”.Diaorang semua adalah kawan baru aku kecuali “ciman” schoolmate aku masa dekat sekolah menegah dulu.Bagi aku kalau ramai kawan ,boleh dapat banyak pengalaman kerana semua datang dari negeri berbeza dan longhat negeri masing-masing.Ada yang datang dari Sabah-Sarawak hinggalah ke Kedah dan Kelantan.Semua datang dengan satu misi sahaja untuk dapatkan sijil diploma.hahaha aku juga dapat belajar main 'basketball',tak padan dengan pendek nak main basketball.Ni pon firsttime aku buat tulis blog kat sini,nak blaja la konon buat blog macam mana!.Takpa baru-baru masih mentah bila dah lama jadilah pro,hehehe.Dota pon dah jadi pc game aku yang selama ni ak takmau main game ni akhirnya tumpas juga, kat sini Dota boleh main beramai-ramai dengan kawan-kawan ak,"ciman,afiq dan awang(geng pro dota)".Aku harap dapat berkawan dengan korang semua tak kira hanya satu sem sahaja kita bersama tetapi sehingga kita tamat pengajian nanti. E1/E2 the best!